Wednesday, May 25, 2011

Pilihan raya ke 13 tahun ini?


Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 26 Mei: Pilihanraya Umum ke-13, dijangka akan diadakan tahun ini berikutan harga minyak tidak dinaikkan dalam tempoh terdekat meskipun ada usaha untuk menaikkan harga bahan api itu.

Selain itu juga, negara akan menanggung beban kewangan yang semakin kronik sekiranya pilihanraya itu diadakan tahun hadapan.

Timbalan Setiausaha Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Rosli Abdullah, berkata selain itu juga dakwaan terhadap Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui akhir bulan Jun ini.

“Kita yakin, Datuk Seri Anwar (gambar) akan dijatuhi hukuman akhir bulan depan dimana kes perbicaraan membela diri dalam kes perbicaraannya berlangsung pada 6 hingga 30 Jun dan selepas itu pilihanraya umum akan diadakan.

“Dua eleman ini antara petunjuk pilihanraya umum akan diadakan tahun ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PKR Terengganu menyeru Pakatan Rakyat peringkat akar umbi sentiasa dalam bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya itu.

Khabar angin yang terkini, pilihan raya umum akan diadakan Julai ini namun ramai yakin ia terlalu awal dan akan diadakan seawalnya September hingga November tahun ini.

"Ia sebaiknya selepas Bajet 2012 dibentangkan kerana ia senjata ampuh BN untuk memberi gula-gula kepada rakyat," kata seorang pemimpin PAS.

Namun begitu ada juga yang berpandangan ia akan diadakan selepas persempadanan semula pilihan raya yang seawalnya diadakan tahun 2012.

Umno-BN ‘cipta’ label ulama, profesional di PAS kata Mursyidul Am PAS


 

May 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.
Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya “dihidupkan” oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
Nik Aziz (gambar) berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.
Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.
Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.
Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.
“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.
“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.
Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.
Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.
“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.
“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.
“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.
“Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah,” katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.
Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.
“Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.
“Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” katanya.

Saturday, May 21, 2011

Amanat Mursyidul Am Sempena Muktamar PAS ke 57

Oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

“Sempena Muktamar ke-57”

FIRMAN Allah yang bermaksud:
  • “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8);
  • Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9).
  • Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).”
(Surah Asy-Syams 91:8-10)

Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan.

Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.

Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘taqwa.’ Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.

Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri.

Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira’ selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi:

“Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa musibah.”

Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang.

Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke’Islam’an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak.

Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami.

Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu).

Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran.

Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman dan sejahtera.

Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan telah zaman-berzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada.

Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Mekah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam.

Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah.

Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat ‘berlawan arus’ atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang.

Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain.

Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan ‘peribadi Nabi’ sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang.

Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam. Justeru kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah?

Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 
Al-Mursyidul Am PAS.

Sunday, May 15, 2011

MESYUARAT AGUNG KAWASAN KALI KE 52

Senarai Penuh AJK PAS Seremban
by PAS Seremban on Sunday, May 15, 2011 at 3:23pm
Berikut senarai Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih oleh dalam mesyuarat agung Pas Kawasan kali ke-52.

Pengerusi Tetap : Abdustar Nor Mohamad
Timb. Pengerusi Tetap : Ismail Pais
Pemeriksa Kira-Kira : Syahiran Hashim, Razali Pilus
YDP : M K Ibrahim Abd. Rahman (Menang tanpa bertanding)
Timb. YDP : Ghazali Mohd. Shom
Naib YDP : Zakaria Sheikh Osman
Ketua Urusan Ulama' : Mustafa Dolah

Ahli Jawatankuasa Kerja (Susunan tidak mengikut undian tertinggi)
1.     Patimah Bahaudin
2.     Jamaluddin Hussin
3.     Anuar Maarof
4.     Yahya Ghazali
5.     Borhan Dolah
6.     Saari Saidon
7.     Ishak Yahya
8.     Baharin Talib
9.     Suhaimi Kassim
10.   Nasrul Hakim Abdul Nasir
11.   Azizul Ghazali
12.   Raja Azlina Raja Sahbudin
13.   Samsudin Lidun
14.   Mohd. Khairi Zainuddin
15.   Zaharah Mohamad
16.   Anuar Wahab

Thursday, May 12, 2011

'Selidik sebab bukan Islam tak selesa di naungan Islam'


Mei 12, 11 5:51pm
Kongsi 204
Sebarang kecurigaan rakyat bukan Islam terhadap Islam di Malaysia berpunca daripada tafsiran-tafsiran mengelirukan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai hukum-hakam agama demi mencari keuntungan politik, kata bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONEDalam wawancaranya dengan TV Selangor, Dr Asri berkata Perlembagaan tidak mungkin dipinda untuk menjadikan Kristian agama Persekutuan Malaysia namun tidak dinafikan segmen tertentu Malaysia mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Melayu tertentu mengenai isu-isu yang menyentuh Islam.

“Saya melihat sebahagiannya bukan mempertikaikan Islam. Mereka mempertikaikan apa yang orang Islam fahami tentang Islam itu dan mereka tak tahu pula itu bukan Islam.

“Itu bukan ajaran Islam tapi tafsiran saja. Macam isu (bukan Islam) masuk masjid, bukan Islam tidak boleh membuat senaman dalam kawasan masjid (dan) orang bukan Islam tidak boleh sebut Allah. Ini semua tafsiran-tafsiran yang dibuat orang Islam di Malaysia,” kata Dr Asri.

NONEBeliau juga menolak dakwaan Utusan Malaysia milik Umno kononnya paderi-paderi Kristian bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Malaysia negara Krisitian.

Dr Asri menegaskan semua kaum sepatutnya sudah selesa dengan Islam selepas 50 tahun agama itu diangkat menjadi agama persekutuan Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku.
'Hentikan tafsiran yang dipolitikkan'

“Dalam sejarah Islam orang bukan Islam, Kristian di Syria mereka minta supaya Islam yang menaungi negara mereka. Tapi di negara kita, orang bukan Islam rasa tak selesa… kita kena tanya kenapa mereka tak selesa,” kata Asri.

“Adakah kerana tindakan kita salah? Kefahaman yang kita wujudkan sepatutnya (membuat) rakyat rasa bahagia berada di bawah naungan Islam. Tetapi apabila rakyat bukan Islam rasa tak bahagia di bawah naungan Islam, tentunya ada sesuatu silap dalam penafsiran-penafsiran Islam kita," katanya.

Dap crowds at Miri ceramah 1Menurut Dr Asri kecelaruan golongan bukan Islam terhadap Islam akan berterusan selagi kerajaan pusat tidak menghentikan amalan memberikan tafsiran yang dipolitikkan.

“Jadi saya fikir bukan soal mempertahankan Islam sebagai agama rasmi itu yang besar sangat, tetapi yang lebih penting bagaimana menterjemahkan Islam dalam erti kata Islam yang sebenarnya yang dapat memberi Islam sebuah imej yang semua orang selesa dan rasa aman berada di bawah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Wednesday, May 11, 2011

CONTOHI PIMPINAN



Dikatakan, TG Hj Hadi mula belajar IT semenjak tahun 1984. Komputer pertama beliau ialah IBM. Selepas itu rakan-rakan beliau menghadiahkannya Macintosh versi Arab. Laptop pertama yang digunakan ialah pada tahun 1986.
Khabarnya TG juga jarang lekang dengan komputer. Beliau juga pengguna Maktabah Syamilah, sebuah perisian yang menyediakan ribuan kitab untuk rujukan melalui komputer. Program ini boleh diinstall terus ke dalam laptop, boleh dirujuk pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Beliau turut menasihatkan ahli PAS supaya membudayakan ICT khususnya para ulama dan pemimpin PAS. Jika mereka lambat, tentu akan ketinggalan.
TG Hj Hadi adalah orang PAS paling sibuk, tetapi beliau punya masa untuk menulis dan membaca termasuk membuka beberapa laman web kesukaannya seperti al-Jazeerah dan sebagainya.
Mengapa saya timbulkan perkara ini?
Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Seseorang takkan terpilih sebagai tentera sehingga dia pandai menunggang kuda dan memanah. Jika dia tidak pandai dia perlu berlatih sehingga pandai.
Peperangan zaman ini adalah peperangan maklumat. Semua itu berada di layar komputer. Jika seseorang itu tidak pandai komputer, bagaimana dia ingin menyertai peperangan zaman ini. Sekarang, orang meletupkan bom pun menggunakan komputer.
Belajar komputer bukan sukar, anak-anak Pasti pun sudah boleh menguasainya. Jika Najib ada laman facebook, twitter dan blog, bolehkah pemimpin PAS, termasuk pemimpin kanan, ada yang masih ‘belum’ tahu untuk membuka kotak SMS?
Ada pemimpin yang beralasan begini, “Ini bukan dunia saya! Cukuplah orang-orang muda yang menguasainya, saya sudah tua!” Atau ada pula yang berkata, “Tak sempatlah nak belajar…!”
Kepada pemimpin yang beralasan begitu, kita tanyakan soalan ini, “Adakah TG Hj Hadi masih muda? Mengapa TG Hj Hadi masih sempat belajar?”
Tidak perlu semua pemimpin PAS menjadi seperti Ust Abdul Ghani Shamsuddin, tetapi memadailah dengan ada email dan tahu membuka laman-laman web utama untuk mendapat maklumat segera. Kalau ada FB, twit dan blog, tentu itu lebih bagus.
Pemimpin PAS memang pandai berceramah dan berkuliah. Cuma, pendengar ceramah dan kuliah adalah orang yang sama dan kuat PAS pula. Bahkan, semenjak akhir-akhir ini, ceramah PAS semakin kurang, kalau ada ceramah pun pendengarnya tidak seramai dahulu.
Mengapa? Tentu kerana maklumat di layar komputer lebih pantas daripada maklumat penceramah. Kadang-kadang analisis sesuatu isu di laman sesawang lebih menarik, pedas dan terkini daripada analisis yang dibuat oleh penceramah.
Justeru, apa perlunya dengar ceramah.
Situasi sebegitu menjadi hujah kuat supaya pemimpin PAS menguasai ICT. Bukan bermakna kalau pemimpin PAS tidak tahu ICT tidak boleh menjadi pemimpin. Boleh, tiada masalah.
Cuma, dia tidak boleh memimpin PAS pada zaman ini. Dia boleh menjadi pemimpin PAS tahun 70 an. Kalau dia mahu menjadi pemimpin zaman ini, dia wajib menguasai ilmu ICT.
Ini adalah ‘Wajibul Waqti’ – kewajipan semasa.

JOM KITA MUNAJAT